Thursday, November 16, 2017

Kawan Abang

Nilah kawan-kawan abang masa makan tengahari.. mula tahun depan abang dah tak jumpa derang lagi sebab derang dah pindah ke KAFA lain... Abang pun ibu dah suruh duduk rumah cik huda semula sebab KAFA abang mula lewat dan ikut perancangan ibu dah kena outstation semula tahun depan.



Hari-hari kat pondok nilah abang makan ngan kawan-kawan dan ibu...Mesti abang rindukan derang..

Wednesday, October 18, 2017

Breakfast Kesukaan

Abang suka ajak ibu ngan yayah gie breakfast kat Ikea.. kalau sampai sana abang suka makan meatball dan mushrom sup.. Kenetulan Cuti Deepavali kami tak kemana.. Ibu ngan yayah bawa kami ke sini untuk breakfast lepas tu belikan barang kawan ibu yang dah lama dia kirim.
Lepas makan abang ikut ibu gie tengok barang-barang sebab abang dah terlebih tinggi untuk tinggal dekat Smaland.. Neena je yang masih boleh masuk lagi.. Abang jadi pembantu ibu tuliskan barang apa rak dan seksyen berapa untuk amik barang nanti.


Ibu ada beli barang gak tapi tak banyak.. banyak lagi barang kawan ibu.. eheheeh
Ibu beli rak ni untuk letak barang-barang yayah yang kat luar dan tempat simpan makanan black. Siapa black... nilah black.. taiko kawasan yang manja.. kami panggil dia hantu wefud.. sebab dia tak suka makan kibbles nak wet food je eheheeh
 

Sunday, October 15, 2017

Hari Sukan Negara

Semalam abang terlibat dengan Hari Sukan Negara, Teacher nak wakil dari kelas abang, ibu tanya abang nak join tak? Abang kata ok je dari abang duduk rumah main game je..sambil tu dapat markah untuk kokurikulum peringkat sekolah. eheheheh pagi-pagi yayah antar abang kat sekolah, kami naik bas ke Presint 3 Putrajaya.



Abang bersama kawan-kawan Tahun 4 SKPP16-1.

Saturday, September 9, 2017

Tolong Ibu...

Sekarang ni ibu minta abang tolong ibu gosok baju ngan bersihkan pasir cat. Basuh baju pun dah jadi tanggungjawab abang.. Alaa basuh baju tu setakat kumpul semua baju dan masuk dalam mesin je bukan abang kena basuh ehehehe...
Biasanya abang akan gosok baju abang dan Neena.. kalau ada baju yayah abang gosok sekali tak pun ibu akan gosok baju yayah ngan ibu..


Ada 4 bekas pasir yang abang kena bersihkan.. derang ni kalau abang lepas bersihkan je mula la masing-masing beratur nak gie toilet. Lepas bersihkan pasir sapu lantai dapur dan mop lantai.
Tulah kerja abang hari-hari kecuali kekadang ibu tolong buatkan.

Thursday, August 24, 2017

Hasil Kerja Tangan

Semalam sebelum pergi sekolah abang minta pada ibu jarum ngan benang nak menjahit kat sekolah.. Inilah hasilnya.. bekas pensel yang abang jahit sendiri..

Boleh la kan  maklumlah hasil jahitan pertama.. ehehehehe 

Monday, July 17, 2017

Raya 2017

Tahun ni abang tak raya sakan sebab 10 hari sebelum raya atok abang masuk hospital dan raya pertama kami beraya di hospital sebab keadaan atok yang masih belum ok... lepas 15 hari atok di hospital doktor benarkan atok balik ke rumah sebab doktor dah tidak boleh buat  rawatan apa-apa buat atok.. Raya ke-9 atok pergi tinggalkan abang, ibu, neena, ayah dan kami semua.. masa atok sihat dulu dia sayang sangat ngan abang.. macam-macam atok belikan untuk abang.. bila atok dah takde bacaan Yaasin dan al-Fatihah je yang mampu abang berikan... Semoga Atok dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang solehah... Amin...

 

Wednesday, June 7, 2017

Lauk Kegemaran Waktu Tenghari

Sejak bulan Februari tahun ni abang dah tak pergi ke rumah makcik huda, ibu yang akan urusakan abang waktu tengahari.. setiap hari ibu akan belikan abang makanan, ibu amik abang, salin baju dalam kereta,  teman abang makan dan ibu masuk kerja semula. Setiap hari menu kegemaran abang ialah Nasi  Lauk Paprik tak pernah tukar menu.. mula-mula ibu bawak makanan ada la abang mintak nasi goreng ikan masin pastu tukar nasi goreng paprik... dan sekarang nasi paprik je la.. hari jumaat abang akan makan kat kedai makan dekat ngan sekolah kafa.. kat situ menu wajib sup ayam dan telur dadar.. kebiasaannya hari jumaat ibu akan amik Neena juga makan sama-sama baru hantar ke rumah makcik huda. Minggu lepas ibu cuti, ada urusan bank ibu kata mujur sempat masak.. ibu masakkan abang lauk paprik jugak.. makan sampai tersandar bila ibu yang masak... 

Buah Anggur tu untuk ibu.. abang tak makan buah.. ehehe
Abang kekenyangan...

menu setiap jumaat atau menu ibu tak sempat beli kat cafe ofis ibu...

Tuesday, May 9, 2017

S.I Shelter

Hujung bulan lepas abang pergi shelter uncle Razeef dah lama kami tak kesana.. bila tiba kat sana macam biasalah abang akan dikerumun oleh kawan-kawan benny.. Kami gie sana kebetulan hantar Si Didi.. Didi ni jumpa kat rumah mama tetiba je dia datang rumah mama dan masuk dalam cage Jelita.. sian dia kena sporo.. kena sporo yang teruk plak tu.. Uncle Razeef sempat jaga 5 hari je lepas tu dia mati.. Neena masa dengar ibu cakap Didi dah mati dia nangis sebab Didi tu dia yang bagi nama...
Sporo ke-2 selepas Pororo.. Bye Didi.. kamu dah tak sakit lagi..
Kucing-kucing kat S. I Shelter..  Shelter ni dibuka setiap hari untuk sesiapa yang berminat nak bermain dengan kucing.. 

kucing-kucing ni adalah kucing terbiar yang dirawat dan dijaga oleh Uncle Razeef.. 

 Abang kena buli
Nilah Didi yang kena sporo tu.. untuk pengetahuan kawan-kawan sporo ni boleh berjangkit pada manusia.. kena ambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga kucing ni.. tak boleh pegang macam tu je kena pakai sarung tangan.. dan macam-macam lagi ibu explain, yang abang ingat nak pegang dia kena pakai sarung tangan dan elak dari kena gigit atau kena cakar ngan kucing sporo.. huhuhu sian Didi..

Monday, April 10, 2017

Sukan Sekolah 2017

Pada Ahad 9/4/2017 ada sukan sekolah, sukan sekolah tahun ni ibu bapa boleh datang sekali mujur sukan sekolah abang hari ahad sebab Sabtu 8/4/2017 sukan sekolah adik. Kalau dua-dua diadakan serentak ibu ngan ayah kena berpecah la sorang ngan abang dan sorang lagi ngan adik.. alhamduillah dua2 ibu ngan ayah boleh datang dan kebetulan kami berdua rumah biru.. huhuhuh
Tahun ni abang masuk acara 4 X 100, acara ni dah dibuat masa waktu sekolah untuk mengelakkan habis lewat, masa hari sukan ada acara 4X200 abang masuk jugak dan selepas tu ada acara tarik tali. Tahun ni abang masuk 3 acara.. alhamduillah 4X100 dan 4X200 pasukan abang dapat tempat pertama. Acara tarik tali pasukan abang dapat tempat ke-2

Acara tarik tali nampak tak siapa penyokong abang huhuhuh

 Amik hadiah untuk acara 4 X200..
Pasukan abang lagi 2 orang dah balik tak sempat amik gambar...
Harini ibu ngan yayah cuti kepenatan dua hari berada kat padang.. masa sukan adik cuaca panas terik adik kan manja tak tahan panas siap nangis-nangis.. ibu kata puteri lilin sangat.. ahahahha

Thursday, March 30, 2017

Kejohonan Catur MSS Putrajaya 2017

Semalam 29/03/2017 abang masuk pertandingan catur, wakil sekolah untuk Kejohanan Catur MSS Putrajaya 2017. Kejohanan tu di SMKPP-18, ibu hantar dan ambil abang... Abang kena 4 pusingan. Abang menang 1 pusingan dan 1 lagi seri. Ibu kata takpe janji ada pengalaman masuk apa-apa kejohanan. Pengalaman yang penting kata ibu berbanding kemenangan..



Bila tengok meja-meja ni abang seperti biasa akan rasa cuak.. ibu tenangkan abang.. huhuhu

Friday, February 10, 2017

Majlis Along Nanna Sebelah Lelaki dan si Kecik

Bulan lepas, masa cuti CNY.. makcik, maktih, acap dan edot datang KL sebab majlis Sambut menantu Along Nanna di Rembau, Negeri Sembilan. Selesai majlis.. semua datang rumah abang..
Majlis Along Nanna dan Abg Hafiz

 Masa ni kami semua kena tinggal kat rumah... makcik, maktih, acap dan edot gie Ikea.. ibu masak spagethi kami makan ramai-ramai...
 Aimi makan sendiri.. nampak abang pakai chopstick dia pun nak juga..
 Aktiviti membuli Benny.. huhuhuh 
Lepas tu aktiviti membuli Neena plak... huhuhuh
Ni pulak nama dia si Kecik kucing baru kami.. Ibu, Abang ngan Neena jumpa dia kat tengah jalan masa nak balik ke rumah bulan lepas .. ibu berhenti suruh abang alihkan dia.. Abang alihkan dia nak ikut abang.. abang tinggalkan dia tepi jalan terus balik.. lepas tu yayah lalu dia ada kat tengah jalan lagi.. yayah balik beritau ibu.. Ibu suruh abang pergi amik dia bawak balik dan bagi makan.. rupanya dia kurap teruk.. apalagi ibu bawak ke klinik.. kena buat rawatan untuk 3 minggu.. ibu letak dia kat dalam cage depan rumah..
Masa mula datang asik makan je sampai perut buncit sampai klinik Doc Abu gelakkan si Kecik sebab terlebih makan.. Doc Abu suruh kurangkan kuantiti makanan.. ibu kata agaknya dia lapar sangat.. bila dapat makanan jadi camni.. 
Sekarang kurap dah ok.. dah vaksin baru boleh kawan ngan Bingo.. Kisah Bingo plak.. kan kawan ibu tumpangkan sementara.. tapi kawan ibu senyap aje tak amik.. ibu mulanya nak bagi pada siapa-siapa yang sudi.. tapi memandangkan dia nakal ibu kata takpe la kita bela.. ibu kata takut dia nakal orang tak suka nanti orang buang... 

Monday, January 2, 2017

Alhamduillah dah bujang..

Alhamduillah.. dah selesai urusan berkhatan.. taun lepas dari awal tahun abang dah beritau ibu.. nak sunat masa T3.. ibu sepanjang tahun lepas asik tanya je.. bila dah book tarikh berkatan pun ibu tanya lagi confirm?? huhuh ibu book tarikh 19/12/2016.. sebab selepas tu yayah ada cuti umum.. ibu kata jadi yayah yang akan jaga dulu baru ibu... 19/12 tu hari jumaat..
Pagi 19/12 tu lepas mandi.. kami pergi ke Megaklinik Zahran kat bangi.. masa dah dalam perjalanan abang terasa tak jadi nak sunat.. tapi ibu ngan ayah kata kalau tak nak sekarang.. nanti-nanti kena gak.. tiba kat sana dah ada giliran kawan-kawan yang lain.. ada yang menjerit ada yang ok abang dah mula cuak.. abang duduk dekat ngan ayah dan ibu aje.. neena plak asik mengejek.. ada je yang dia nak ejek dan takutkan abang.. sabar jela...
Bila giliran abang.. yayah teman sehingga la proses selesai.. selesai aje ada kakak kat klinik tu bagi abang sijil dan suruh bergambar.. huhuh "Saya Hero Sejati" masa ni abang ok siap ikut ibu buat pembayaran dan ambil ubat.. masa nak tunggu ubat tu bila ubat bius mula hilang abang dah rasa sakit.. sampai la dalam kereta nak balik ke rumah dah menjerit-jerit.. sampai rumah yayah tengok rupanya yang menjadikan abang rasa sakit dan ngilu tu sebab ada balutan.. yayah buka balutan baru la rasa lega... mula la proses berpantang dan menjaga luka.. masa beberapa hari pertama yayah yang cuci luka.. alhamduillah luka abang cepat baik hari ke-3 abang dah tak pakai kain pelikat.. pakai seluar tracksuit yang lembut..
 Kakak klinik paksa gambar...
 Masa tunggu bil dan ubat.. dah mula terasa sakit...
Tido yayah letakkan meja pastu selimut.. huhuhuh

Hari ke-3 dah mula pakai tracksuit.. 
Alhamduillah masa majlis Along Nanna 25/12 abang dah boleh pakai seluar jeans dan boleh makan macam biasa.. sebab luka abang dah ok..