Thursday, September 3, 2015

Lego

Dua minggu lepas, ibu lewat sedar mengakibatkan abang pun tak pergi ke sekolah.. huhuh dah tak sekolah adik pun tak pergi umah makcik huda.. ohhh lupa sejak bulan Ogos Neena dah tak duduk umah nenek lagi masa ibu kerja.. ibu tukar duduk rumah makcik huda.. masa awal-awal adik nangis gak ibu kena tunggu sekejap baru ibu pergi kerja.. lama-lama adik dah ok...
Disebabkan tak sekolah, ibu tak kerja.. ibu kata apa kata kita gie jalan-jalan.. ibu tanya abang nak kemana.. abang kata nak ke IOI City Mall.. ibu kata ok boleh tapi jalan-jalan je yang lain tak boleh..
Bila tiba kat IOI City Mall abang ajak ibu pergi Toys'urs.. masa nak ke situ ibu panggil abang sebab nampak ada logo lego.. ibu ajak ke kedai Lego je.. abang pun memang nak tengok Lego je...
Bila dah masuk kedai Lego.. ada plak yang jual dalam bekas.. boleh mix Lego apa yang abang nak.. ibu kata kalau abang nak boleh je amik bekas kecik dulu ibu kata.. jadi abang pun gigih la memilih.. masa dah siap pilih tu kakak kat tempat Lego tu ajar macam mana nak muatkan dalam bekas comel tu...
Nielah bekas comel tu RM 39.90.. satu bekas ni
Kakak tu ajar susun padat-padat.. pastu kat penutup pun dia susun gak.. kakak tu kata gunakan semua ruang yang ada.. huuh
Inilah hasilnya.. macam-macam abang boleh buat yang warna purple tu Neena punya.. Ibu kata pergi sana lagi boleh beli lagi bentuk lain plak yang abang suka...
Ibu kata baik abang main Lego dari mengadap iPad je huhuhuhuh