Wednesday, October 18, 2017

Breakfast Kesukaan

Abang suka ajak ibu ngan yayah gie breakfast kat Ikea.. kalau sampai sana abang suka makan meatball dan mushrom sup.. Kenetulan Cuti Deepavali kami tak kemana.. Ibu ngan yayah bawa kami ke sini untuk breakfast lepas tu belikan barang kawan ibu yang dah lama dia kirim.
Lepas makan abang ikut ibu gie tengok barang-barang sebab abang dah terlebih tinggi untuk tinggal dekat Smaland.. Neena je yang masih boleh masuk lagi.. Abang jadi pembantu ibu tuliskan barang apa rak dan seksyen berapa untuk amik barang nanti.


Ibu ada beli barang gak tapi tak banyak.. banyak lagi barang kawan ibu.. eheheeh
Ibu beli rak ni untuk letak barang-barang yayah yang kat luar dan tempat simpan makanan black. Siapa black... nilah black.. taiko kawasan yang manja.. kami panggil dia hantu wefud.. sebab dia tak suka makan kibbles nak wet food je eheheeh
 

No comments: