Wednesday, December 28, 2016

Trip ke Melaka

Sebelum Cuti sekolah haritu abang ada join trip ke Melaka ikut rombongan sekolah Kafa.
Sehari aje.. pergi waktu pagi dan balik malam.
 Berkumpul di Surau Sekolah Kafa 

Kami pergi 2 bas.. abang dalam kumpulan bas ke-dua.
Melaka abang pergi ke Zoo Melaka, Muzium Samudera, Bangunan A-farmosa. Kat zoo semua haiwan abang amik gambar sampai full memory hp. ahahaha  

Monday, November 21, 2016

Kemalangan...

Pada awal bulan November haritu masa dalam perjalanan nak ke sekolah,  kami mengalami kemalangan.. kereta ibu hilang kawalan dalam hujan dan langgar divider.. kereta teruk alhamduillah abang, neena dan ibu takde apa-apa.. ibu kata biarlah kereta tu janji kita selamat.. Alhamduillah..
Abang terhantuk kepala sikit dan lengan..
Tayar kereta jadi teruk camni.. bila kereta melintang dijalan, ibu start enjin jalankan kereta sampai ke tempat yang selamat. Ibu kata jangan kereta kita jadi punca orang kemalangan dan kita selamat.
Dalam towing truck sementara tunggu yayah amik kami.

Saturday, October 1, 2016

Penyertaan Pertama Dalam Pertandingan Taekwondo.

Buat pertama kali abang join pertandingan, ibu kata cari pengalaman bertanding.. disebabkan abang tiada pengalaman sebelum ni abang kalah.. tapi ibu kata takpe paling tidak abang dah tau macam mana berada di dalam pertandingan...



Kena tendang kat muka sakit woo.. nangis kejap... mujur ada kawan-kawan...

Saturday, September 3, 2016

Pengredan Merah II

Abang amik pengredan lagi kali ni untuk dapat tali pinggang merah/hitam..




Alhamduillah abang berjaya.. tunggu dapat baju dan tali pinggang baru...

Wednesday, August 24, 2016

Pertandingan Kawad Kaki

Abang kena join pertandingan kawad kaki.. disebabkan abang beritau saat akhir kena ada pakaian lengkap, ibu kena amik cuti siapkan abang punya pakaian lengkap...
Kedai jual uniform lambat buka ibu pusing banyak tempat untuk dapat set lengkap, lepas dapat set lengkap ibu tak sempat jait kat rumah, tanya kat kedai pun tak dapat cepat.. apa lagi ibu jait dalam kereta je la.. ibu pesan lainkali jangan buat hal macam ni lagi.. berpeluh ibu menjait dalam kereta. huhuhu


Siap jait semua lencana.. abang nak ke pertandingan.. kumpulan abang dapat no 2 huhuh ibu kata mujur no 2 kalau kalah ibu kata ibu nak jait abang ahahha.. maap la bu abang pun dapat tau saat akhir..

Friday, July 29, 2016

Jamuan Hari Raya Sekolah

Jamuan Hari Raya sekolah kafa dan kebangsaan kali ni abang bawa menu yang sama... Menu kegemaran abang.. Megi Goreng.. huhuhuhuh
Jamuan Sekolah Kebangsaan.. Ni je gambar pakai baju raya yang abang ada... huhuuh




   Gambar-gambar ni dapat dari Cikgu Aida bagi pada ibu...


Saturday, June 18, 2016

Birthday Abang Ke-9

Birthday abang kali ni pada bulan puasa lagi.. Abang minta ibu buatkan abang kek coklat lagi... hadiah plak abang minta coklat choki-choki sekotak ahahahah semua gara-gara kad boboiboy... ahahah sorry ibu....

Birthday abang ke-9.. huhuhuhuhu

Menu berbuka aglio olio.. kegemaran abang dan neena...

Nilah keknya.. kek coklat bersama kit kat...


Monday, May 16, 2016

Hadiah Hari Guru 2016

Ibu ada sediakan hadiah hari guru untuk cikgu-cikgu abang.. ibu tanya berapa orang abang nak bagi abang jawab 3 je... Cikgu Aida dapat yg paling tinggi tu.. huhuhuh 
Kalau abang jadikan budak bawah ni hadiah.. Rasa-rasanya cikgu suka tak?? ke cikgu takut sebab ingat anak singa.. huhuhuhuhuhu tengok anak singa kena buli ngan abang.. ok jeee


Saturday, April 2, 2016

Taekwondo - Merah II

Alhamduillah... abang berjaya lulus masa pengredan untuk tali pinggang merah II... abang orang kedua.. masa kawan abang yang pertama tu dia tak berjaya patahkan papan.. abang jadi cuak.. teringat pesanan ibu sebelum pengredan.. sebelum tendang papan ibu pesan baca Bismillah.. dan fokus... yeahh abang berjaya dengan sekali tendang je...




Thursday, March 10, 2016

Magnet Kucing

Uncle Razeef kata abang magnet kucing sebab mana abang pergi biasanya kucing akan datang meleset ngan abang... haritu abang pergi solat jumaat ngan kawan abang Kimi.. Kucing ikut balik sampai rumah makcik huda.. huhuhuh abang ngan kimi bawa balik bagi makan, bila dah tiba rumah abang citer ngan ibu..
Esoknya ibu cari semula kucing tu takde, tak tau pergi mana...
Kat Kedai makan, lepas makan kucing nie siap baring kat abang... 

 Comel je.. kalau rumah kami ada kawasan yang luas untuk letak kucing yang banyak, abang dah minta ibu bawak balik jaga mereka ni, takde la jadi kucing terbiar.
Kucing ni pulak baring kat surat khabar ibu masa ibu pergi cuci kereta.. manja sangat.. sian dia mesti kena buang ngan tuan dia.. huhuhuuh

Wednesday, February 10, 2016

Sahsiah Keluarga

Kerja sekolah kena buat sahsiah keluarga.. ibu suruh buat family ayah.. abang nangis-nangis kata dah siap-siap tulis nama kak iman ngan alia.. nak tau nama makcik ngan pakcik.. huhuhuh

Ibu kata nama adik beradik mujur tak letak nama benny, ticco, swiper, anaes & gummy bear.. ahahahahha ibu dengki....


Saturday, January 2, 2016

Rindu Kawan

Masa Cuti sekolah haritu abang duduk rumah makcik 3 minggu lebih..bila balik rumah ada yang rindu kat abang.. ikut je mana abang pergi.. siapa?? siapa lagi kawan baik abang sejak kecil la.. Benny!!
 Baring bertemu kepala la...
 Peluk-peluk pastu mandikan abang.. huhuhuh
mana kepala pun dah tak nampak huhuuuhu 
Dah macam baby plak nie semua angkara neena bagi semua bantal dia pada benny...