Alhamduillah dah bujang..

Alhamduillah.. dah selesai urusan berkhatan.. taun lepas dari awal tahun abang dah beritau ibu.. nak sunat masa T3.. ibu sepanjang tahun lepas asik tanya je.. bila dah book tarikh berkatan pun ibu tanya lagi confirm?? huhuh ibu book tarikh 19/12/2016.. sebab selepas tu yayah ada cuti umum.. ibu kata jadi yayah yang akan jaga dulu baru ibu... 19/12 tu hari jumaat..
Pagi 19/12 tu lepas mandi.. kami pergi ke Megaklinik Zahran kat bangi.. masa dah dalam perjalanan abang terasa tak jadi nak sunat.. tapi ibu ngan ayah kata kalau tak nak sekarang.. nanti-nanti kena gak.. tiba kat sana dah ada giliran kawan-kawan yang lain.. ada yang menjerit ada yang ok abang dah mula cuak.. abang duduk dekat ngan ayah dan ibu aje.. neena plak asik mengejek.. ada je yang dia nak ejek dan takutkan abang.. sabar jela...
Bila giliran abang.. yayah teman sehingga la proses selesai.. selesai aje ada kakak kat klinik tu bagi abang sijil dan suruh bergambar.. huhuh "Saya Hero Sejati" masa ni abang ok siap ikut ibu buat pembayaran dan ambil ubat.. masa nak tunggu ubat tu bila ubat bius mula hilang abang dah rasa sakit.. sampai la dalam kereta nak balik ke rumah dah menjerit-jerit.. sampai rumah yayah tengok rupanya yang menjadikan abang rasa sakit dan ngilu tu sebab ada balutan.. yayah buka balutan baru la rasa lega... mula la proses berpantang dan menjaga luka.. masa beberapa hari pertama yayah yang cuci luka.. alhamduillah luka abang cepat baik hari ke-3 abang dah tak pakai kain pelikat.. pakai seluar tracksuit yang lembut..
 Kakak klinik paksa gambar...
 Masa tunggu bil dan ubat.. dah mula terasa sakit...
Tido yayah letakkan meja pastu selimut.. huhuhuh

Hari ke-3 dah mula pakai tracksuit.. 
Alhamduillah masa majlis Along Nanna 25/12 abang dah boleh pakai seluar jeans dan boleh makan macam biasa.. sebab luka abang dah ok.. 

Comments