Thursday, November 16, 2017

Kawan Abang

Nilah kawan-kawan abang masa makan tengahari.. mula tahun depan abang dah tak jumpa derang lagi sebab derang dah pindah ke KAFA lain... Abang pun ibu dah suruh duduk rumah cik huda semula sebab KAFA abang mula lewat dan ikut perancangan ibu dah kena outstation semula tahun depan.



Hari-hari kat pondok nilah abang makan ngan kawan-kawan dan ibu...Mesti abang rindukan derang..

Wednesday, October 18, 2017

Breakfast Kesukaan

Abang suka ajak ibu ngan yayah gie breakfast kat Ikea.. kalau sampai sana abang suka makan meatball dan mushrom sup.. Kenetulan Cuti Deepavali kami tak kemana.. Ibu ngan yayah bawa kami ke sini untuk breakfast lepas tu belikan barang kawan ibu yang dah lama dia kirim.
Lepas makan abang ikut ibu gie tengok barang-barang sebab abang dah terlebih tinggi untuk tinggal dekat Smaland.. Neena je yang masih boleh masuk lagi.. Abang jadi pembantu ibu tuliskan barang apa rak dan seksyen berapa untuk amik barang nanti.


Ibu ada beli barang gak tapi tak banyak.. banyak lagi barang kawan ibu.. eheheeh
Ibu beli rak ni untuk letak barang-barang yayah yang kat luar dan tempat simpan makanan black. Siapa black... nilah black.. taiko kawasan yang manja.. kami panggil dia hantu wefud.. sebab dia tak suka makan kibbles nak wet food je eheheeh
 

Sunday, October 15, 2017

Hari Sukan Negara

Semalam abang terlibat dengan Hari Sukan Negara, Teacher nak wakil dari kelas abang, ibu tanya abang nak join tak? Abang kata ok je dari abang duduk rumah main game je..sambil tu dapat markah untuk kokurikulum peringkat sekolah. eheheheh pagi-pagi yayah antar abang kat sekolah, kami naik bas ke Presint 3 Putrajaya.



Abang bersama kawan-kawan Tahun 4 SKPP16-1.

Saturday, September 9, 2017

Tolong Ibu...

Sekarang ni ibu minta abang tolong ibu gosok baju ngan bersihkan pasir cat. Basuh baju pun dah jadi tanggungjawab abang.. Alaa basuh baju tu setakat kumpul semua baju dan masuk dalam mesin je bukan abang kena basuh ehehehe...
Biasanya abang akan gosok baju abang dan Neena.. kalau ada baju yayah abang gosok sekali tak pun ibu akan gosok baju yayah ngan ibu..


Ada 4 bekas pasir yang abang kena bersihkan.. derang ni kalau abang lepas bersihkan je mula la masing-masing beratur nak gie toilet. Lepas bersihkan pasir sapu lantai dapur dan mop lantai.
Tulah kerja abang hari-hari kecuali kekadang ibu tolong buatkan.

Thursday, August 24, 2017

Hasil Kerja Tangan

Semalam sebelum pergi sekolah abang minta pada ibu jarum ngan benang nak menjahit kat sekolah.. Inilah hasilnya.. bekas pensel yang abang jahit sendiri..

Boleh la kan  maklumlah hasil jahitan pertama.. ehehehehe 

Monday, July 17, 2017

Raya 2017

Tahun ni abang tak raya sakan sebab 10 hari sebelum raya atok abang masuk hospital dan raya pertama kami beraya di hospital sebab keadaan atok yang masih belum ok... lepas 15 hari atok di hospital doktor benarkan atok balik ke rumah sebab doktor dah tidak boleh buat  rawatan apa-apa buat atok.. Raya ke-9 atok pergi tinggalkan abang, ibu, neena, ayah dan kami semua.. masa atok sihat dulu dia sayang sangat ngan abang.. macam-macam atok belikan untuk abang.. bila atok dah takde bacaan Yaasin dan al-Fatihah je yang mampu abang berikan... Semoga Atok dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang solehah... Amin...

 

Wednesday, June 7, 2017

Lauk Kegemaran Waktu Tenghari

Sejak bulan Februari tahun ni abang dah tak pergi ke rumah makcik huda, ibu yang akan urusakan abang waktu tengahari.. setiap hari ibu akan belikan abang makanan, ibu amik abang, salin baju dalam kereta,  teman abang makan dan ibu masuk kerja semula. Setiap hari menu kegemaran abang ialah Nasi  Lauk Paprik tak pernah tukar menu.. mula-mula ibu bawak makanan ada la abang mintak nasi goreng ikan masin pastu tukar nasi goreng paprik... dan sekarang nasi paprik je la.. hari jumaat abang akan makan kat kedai makan dekat ngan sekolah kafa.. kat situ menu wajib sup ayam dan telur dadar.. kebiasaannya hari jumaat ibu akan amik Neena juga makan sama-sama baru hantar ke rumah makcik huda. Minggu lepas ibu cuti, ada urusan bank ibu kata mujur sempat masak.. ibu masakkan abang lauk paprik jugak.. makan sampai tersandar bila ibu yang masak... 

Buah Anggur tu untuk ibu.. abang tak makan buah.. ehehe
Abang kekenyangan...

menu setiap jumaat atau menu ibu tak sempat beli kat cafe ofis ibu...