Friday, February 10, 2017

Majlis Along Nanna Sebelah Lelaki dan si Kecik

Bulan lepas, masa cuti CNY.. makcik, maktih, acap dan edot datang KL sebab majlis Sambut menantu Along Nanna di Rembau, Negeri Sembilan. Selesai majlis.. semua datang rumah abang..
Majlis Along Nanna dan Abg Hafiz

 Masa ni kami semua kena tinggal kat rumah... makcik, maktih, acap dan edot gie Ikea.. ibu masak spagethi kami makan ramai-ramai...
 Aimi makan sendiri.. nampak abang pakai chopstick dia pun nak juga..
 Aktiviti membuli Benny.. huhuhuh 
Lepas tu aktiviti membuli Neena plak... huhuhuh
Ni pulak nama dia si Kecik kucing baru kami.. Ibu, Abang ngan Neena jumpa dia kat tengah jalan masa nak balik ke rumah bulan lepas .. ibu berhenti suruh abang alihkan dia.. Abang alihkan dia nak ikut abang.. abang tinggalkan dia tepi jalan terus balik.. lepas tu yayah lalu dia ada kat tengah jalan lagi.. yayah balik beritau ibu.. Ibu suruh abang pergi amik dia bawak balik dan bagi makan.. rupanya dia kurap teruk.. apalagi ibu bawak ke klinik.. kena buat rawatan untuk 3 minggu.. ibu letak dia kat dalam cage depan rumah..
Masa mula datang asik makan je sampai perut buncit sampai klinik Doc Abu gelakkan si Kecik sebab terlebih makan.. Doc Abu suruh kurangkan kuantiti makanan.. ibu kata agaknya dia lapar sangat.. bila dapat makanan jadi camni.. 
Sekarang kurap dah ok.. dah vaksin baru boleh kawan ngan Bingo.. Kisah Bingo plak.. kan kawan ibu tumpangkan sementara.. tapi kawan ibu senyap aje tak amik.. ibu mulanya nak bagi pada siapa-siapa yang sudi.. tapi memandangkan dia nakal ibu kata takpe la kita bela.. ibu kata takut dia nakal orang tak suka nanti orang buang...