Friday, March 25, 2011

Hobi Baru Abang

Sekarang nie hobi baru abang iyalah naik basikal sejak abang ada jiran baru.. kakak-kakak anak acik depan rumah abang... abang suka sangat naik basikal.. sampai tak kira masa.. keluar dari pintu rumah je mesti abang nak naik basikal, yayah dah ajar abang macam mana nak break.. sebelum nie abang tak tau.. sebab tu ibu dan yayah tak bagi abang main basikal diluar.. sekarang bila dah tau tak mengira masa la abang naik basikal.. sampai nak bawak basikal pergi rumah nenek.. nak main... eheheh

Pagi-pagi dah siap angkut beg nak gie rumah nenek... siap cakap ngan ibu, abang nak naik basikal ke rumah mbak kinah.. ehehhe ibu gelakkan abang.. ibu kata.. ingat dekat ke?? ehehhehehe
Muka seronok ibu bagi naik basikal pagi-pagi.. terus mood set to CERIA....
Double peace!!!.... Ingat nak ajak kakak main basikal.. tapi ibu kata.. "Huishhh pagi-pagi.. kakak semua gie sekolah la.. abang je tak sekolah duduk ngan mbak kinah"
Tapikan kurang seronok naik basikal nie sebab ibu belum hantar ke kedai basikal betulkan.. tayar dia pancit!!.. tapi disebabkan excited nak main.. abang bawak juga... lagipun mana boleh jadi tengok je kakak-kakak main basikal... kalau basikal abang tak boleh gerak.. abang tolak je la.. janji ada basikal sendiri... pastu abang ajak kakak-kakak berlumba...
Bila dah seronok main ngan kakak-kakak mula la saya mengamuk bila ibu ajak balik.. padahal dah malam... ehehehhe amap ibu.. tapi.. abang seronok main la bu... :(

Monday, March 7, 2011

Kantoi Mengulor

Ibu kata kantoi! ada seorang pekerja di opis ibu mengulor waktu bekerja tapi menonton ultraman nie dia orangnya.. ehehehhe
kat tempat ibu ada gambar abang masa kecik... gambar sebelah pingu tu masa abang hampir 2 bulan... pakai topi moo masa abang umur 5 bulan tak silap dan gambar masa arijadi abang yang pertama(pakai baju melah)....

Siap bawak bantal busyuk utltraman... rambut pun pacak2 ala ultraman... ehehhe makan mamee sambil menyepahkan tempat ibu... ehehehhe

Punya seronok abang tengok citer Ultraman sampai kawan ibu datang tanya-tanya pun abang marah... ibu kata menghayati.. ehehehhehe

Kenapa saya gie opis ibu???angkara ibu tak kuasa nak meredah jem balik semula ke kawasan rumah amik abang... lepas tu meredah jem kembali untuk keluar ke highway.. jadi ibu bawak abang ke opis lepas jumaat untuk balik ke kampung... tapi masa abang tanya ibu nak kemana.. ibu kata resia... pergi ke sesuatu tempat.. eheheheh nak mengelakkan abang over excited untuk balik kampung..., menyanyi sepanjang perjalanan serta bertanya bila nak sampai nie?? eheheh dengki betul ibu kat abang...
Bila abang dah nak sampai.. abang pun cakap ngan yayah.. "yayah kita nak balik kampung kan?"
yayah kata "ehh bukan la sesuatu tempat" abang dengan yakinnya jawab " Iya ini nak balik kampung jumpa atok..." pastu sambil nyanyi tertonggeng2 kat seat belakang "ooo ooo ooo balik kampung.. jumpa atok.. mama.. atih..."