Patah Tangan

Masa Hari Sukan sekolah abang ada terjatuh hampir digarisan penamat masa acara 200m dan semasa acara 4X100 abang ada jatuh juga. Tangan abang sakit masa tu dan malam tu mula bengkak. Ibu dan ayah ingat bengkak biasa rupanya setelah pergi x-ray di klinik Guna tangan abang patah. Terus ibu dan yayah bawa abang ke Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan seterusnya.
Ibu ingat bengkak biasa, ibu siap minta uncle tengokkan dan urut tangan abang, bila malam masih tak ok yayah bawa ke klinik rupanya tangan abang patah.
Dah lega boleh la tersenyum, masa kat kecemasan doc nak betulkan tulang abang dah terjerit-jerit. Kebetulan terjumpa Madam Wan dalam tu, Madam Wan yang susah hati dan risaukan abang. Ibu seperti biasa cool je. Ibu abang kan sentiasa nampak cool.
Selepas kena simen tangan pun sempat dukung cat yang abang jumpa luar hospital.
X-ray tangan kanan abang. Dapat MC 15 hari, bermula la episod tangan bersimen.

Comments