Thursday, October 18, 2012

Kerja baru abang

Kerja abang sekarang ialah jadi pembantu ibu menjaga adik... adik sekarang dah makin lasak dan suka merayap kesana kemari..juga suka mengacau abang main.. apa je yang abang main dia nak main gak.. huhuhuh adik puteri berbonjol...
Bila adik masuk celah rak.. abang pun masuk sama.. huhuhuh adik bila ibu tinggalkan sekejap tengok-tengok dah ada celah rak.. huuhuh penat abang kena tolong ibu jaga adik....
Adik muka tension bila kena tangkap... inilah kerja abang sekarang bila ibu jerit "Abang tolong amik adik" huhuhuuhu adik yang tak reti diam...
Tanda bawah mata.. abang dapat tanda bawah mata masa ibu jaga atok kat hospital.. angkara abang lompat dari basikal yang dibawa oleh kak Iman.. percubaan kali pertama melompat suksess.. kali ke-2 tettt cium tar jalan... huhuhuh
Abang berkongsi seat ngan adik dalam flight masa balik dari JB selasa lepas..

No comments: